Kursus Asas Penternakan Lebah Kelulut



Lebah kelulut adalah spesis lebah yang tidak menyengat. Sabah berpotensi tinggi untuk pengeluaran madu lebah dengan saiz kawasan hutan dan ladang-ladang yang meluas merata tempat. Penternakan lebah madu sangatlah mudah tetapi memerlukan cara-cara yang betul agar lebah tidak berpindah-pindah. Kursus ini disediakan untuk 2 hari termasuk lawatan ladang ternakan lebah madu. Peserta didedahkan cara-cara memerangkap lebah madu supaya bersarang di tempat yang disediakan oleh penternak, penjagaan dan menuai madu lebah. Di akhir kursus peserta boleh memulakan penternakan lebah madu dari kawasannya sendiri tanpa takut daripada sengatan lebah dan menjanjikan pendapatan yang baik

OBJEKTIF

Memberi pengenalan kepada jenis-jenis dan sifat-sifat lebah yang boleh diternak.

Memberi kemahiran mengenalpasti kawasan sesuai menternak lebah.

Memberi kemahiran penggunaan peralatan-peralatan penternakan lebah dan pemprosesan madu.

Memberi pendedahan kepada cara-cara menternak dan penjagaan penyakit dan perosak lebah madu.

Motivasi untuk peluang penjanaan pendapatan kepada peserta.

YURAN KURSUS

Yuran Peserta : RM350.00
(Termasuk kos material kursus, nota, makan/minum sepanjang kursus dijalankan)

Bayaran yuran kursus mestilah diserahkan berserta dengan borang permohonan yang lengkap diisi. Yuran dibayar lebih awal dalam Ringgit Malaysia secara TUNAI atau ONLINE. Yuran kursus tidak akan dipulangkan sekiranya pemohon menarik diri.

Walau bagaimanapun menggantikan peserta boleh diurus dengan memaklumkan Bahagian Urusetia secara bertulis sekurang-kurangnya seminggu sebelum kursus diadakan.Sila hantarkan borang yang telah lengkap diisi melalui surat / faks kepada Bahagian Urusetia selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum kursus dimulakan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pn. Susie Ingsui / Pn. Stefanie Vitalis Tel : 088-291376 / 088-291312 [Pejabat Am] Fax : 088-291354